Khamis, 18 Disember 2014

atasi sakit tekak :)



saya baru je kena sakit tekak.sepanjang saki tekak ni..nak telan je.aku dpt rasa azabnya nak telan air liur.apatah lagi nak telan makanan.sabar jelah.nak tidur  rasa tak lena sebab nk telan je sakt telan air liur lah.aku search kat google..aq cuba petua tradisional alhamdulilah beransur kurang sikit..masatu aq terlihat iklan sheila majid pasal strepsils honey and lemon...kat tv..aq cuba la..alhamdulilah 2 hari dah sembuh!!takde lagi seksa nak telan air liur/makan.

antara petua tradisional:
petua ni hanya sekadar kurangkan kesakitan je..tapi ada kes terus sembuh.tertakhluk kpd tekak org.
- air asam jawa + madu + limau nipis/kasturi.=campur dengan air suam dan minum.amalkan.
memang tak sedap.tapi ubatkan relakan jela minum ya.in shaa allah anda akan sembuh!

-sesudu kicap + limau nipis/kasturi +madu asli + air suam=minum.amalkan sampai sembuh.

-teh + kulit kayu manis = minum.

kalau saya, saya campur semua then ubuh air suam dan minum.amalkan pagi & sebelum tidur.sehingga sembuh.sambil ambil lozeng strepsils honey and lemon.lepas 3 hari dah sembuh.alhamdulilah.


SAKIT TEKAK adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks. Sakit tekak dikenali sebagai pharyngitis jika ia membabitkan bahagian farinks dan tonsillitis jika membabitkan kedua-dua bahagian tonsil. Apabila membabitkan kedua-dua bahagian farinks dan tonsil, ia dikenali sebagai pharyngotonsillitis. Sakit tekak berlaku apabila radang terjadi membabitkan membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil. Ia mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada bahagian tekak. Kesakitan sewaktu menelan adalah simptom lain yang biasanya berlaku ketika sakit tekak.
Biasanya sakit tekak lebih teruk pada waktu pagi dan kesakitan berkurang keesokannya. Penyakit ini sangat mudah berlaku, terutama di kalangan kanak-kanak. Ia disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Bakteria memberi tindak balas baik kepada rawatan antibiotik, manakala virus biasanya sembuh dengan sendiri dalam
jangka masa tertentu. Sakit tekak biasanya disebarkan melalui perkongsian minuman, bercium, batuk, menghembus hidung dan bersin.dicopy dan dipaste.
Punca Sakit Tekak Adalah :
1) Jangkitan bakteria – disebabkan oleh bakteria streptococcal. Ia membawa komplikas
    demam reumatik yang boleh mencetuskan masalah injap jantung atau radang buah 
    pinggang

2) Jangkitan virus – kebanyakan sakit tekak disebabkan jangkitan virus dan ada pelbagai
     jenis yang menyebabkan ia sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari,
     bergantung pada jenis virus terbabit. Virus terkenal adalah Epstein-Barr, yang 
     menyebabkan demam dan bengkak di kelenjar pada leher.


3) Kelenjar limfa membengkak di bawah rahang dan leher. Jika sakit tekak disebabkan virus
     Coxsackie, lepuh kecil boleh kelihatan pada tonsil dan lelangit lembut (soft palate).


4) Tonsilitis - ia adalah keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku apabila berlaku banyak
     kerosakan kepada tonsil. Dalam keadaan ini, tekak berasa sakit pada kebanyakan masa  
     selain sering disertai nafas berbau. Demam di bahagian kelenjar pada leher juga boleh
     menyebabkan masalah sakit tekak.
Sakit tekak yang biasa kita dengar adalah tonsil. Bukan sahaja orang dewasa yang dapat penyakit ini malah kanak-kanak juga banyak yang mengalaminya. Tekak kita akan menjadi perit atau pedih jika menelan makanan/minum. Ini akan menyukarkan kehidupan kita seharian. Jika berlarutan, maka segeralah berjumpa doktor. Doktor akan memeriksa tonsil dan belakang kerongkong untuk melihat tanda jangkitan seperti kemerahan atau nanah.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, tonsil yang bengkak boleh menghalang laluan udara dan menyukarkan pernafasan. Ini akan menyebabkan apnea tidur (kerap terjaga ketika tidur) dan beberapa masalah kesihatan lain. Malah, jika tidak rawat tonsilitis juga boleh mengakibatkan pengumpulan nanah di antara tonsil dan tisu lembut di sekelilingnya (lelangit lembut). Nanah ini boleh merebak memasuki salur darah, ke leher atau dada; bagaimanapun kes seperti ini jarang berlaku. Sesetengah jenis bakteria Streptokokal menyebabkan tonsilitis mengakibatkan keradangan buah pinggang (nefritis) atau demam reumatik iaitu keadaan serius yang memberi kesan buruk kepada jantung, sendi, sistem saraf dan kulit.




aku cadangkan strepsils soothing iaitu campuran honey(madu) dan lemon.berkesan!harga rm3.oo je.aku makan 2 lozeng sehari 3 hari dah sembuh sakit tekak!selain sedap ia juga menjadi ubat!


 Kita Hendaklah Sentiasa Amalkan :

- Kerap minum air suam

- Kerap berkumur-kumur dengan air garam

- Elakkan minuman yang bergas/bewarna

- Banyakkan makan buah-buahan terutama yang mengandungi vitaamin c

- Gunakan ubat kumur untuk tekak (lozenges)

harap lepas baca semua ni anda semua dapat tahu lebih lanjut apa itu sakit tekak :)semoga anda sembuh dari sakit tekak ya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan