Adanya jerawat di dahi memang menganggu dan membuatkan keyakinan seseorang semakin menurun. Oleh itu ramai  yang membuat keputusan untuk membuat poni agar menutup segala kelemahan yang ada di dahi.
 
  sebenarnya rambut potongan poni boleh menyebabkan jerawat semakin banyak terutamanya di bahagian dahi. Keadaan ini terjadi kerana berpeluh dan kotoran yang melekat di kawasan rambut. Jadi, ayuh ketahui 4 cara sebenar kurangkan masalah jerawat di kawasan dahi.

# 1 : KURANGI JUNK FOOD
Jerawat yang muncul di kawasan dahi dan atas alis mata adalah disebabkan sistem pencernaan makanan bermasalah. Sebaiknya, kurangkan makan makanan ringan yang tidak sihat. Selain daripada mengurangkan masalah, cara ini juga dapat mengurangkan masalah ‘lemak tepu’ yang ada di tubuh badan.

# 2 : BERSENAM & KELUARKAN PELUH
Untuk mengurangkan masalah jerawat penuh di bahagian dahi, kamu disarankan untuk rajin bersenam  seperti sit up, squat atau skippingdan lakukan pekara-pekara yang boleh mengeluarkan peluh contoh sepert mengemas sekurang-kurangnya 30 minit dalam sehari.Cara ini akan membantu badan mengeluarkan segala toksik lebihan melalui peluh.

# 3 :  MINUM AIR PUTIH
Pengambilan air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari adalah kunci kesihatan badan yang paling utama. Ini kerana, air putih mampu membantu melancarkan pencernaan dan peredaran darah yang boleh mengurangkan masalah jerawat di dahi.