Apa Yang Perlu Kamu Lakukan Apabila Teman Bergaduh!
dalam persahabatan pasti akan berlaku pergaduhan. Tidak kiralah
sama ada ia besar-besaran mahupun kecil-kecilan. Jika pergaduhan itu
tidak melibatkan kamu, jangan terus berdiamkan diri dan biarkan ia terus
berlaku.
Kamu sebagai orang tengah harus bijak mengatur langkah untuk menyelesaikan kemelut yang melanda. Tetapi awas, jangan di sebabkan tindakan kamu segalanya menjadi lebih teruk. So jom ketahui apakah tindakan yang harus kamu lakukan apabila teman bergaduh.
# 1 | JADI ORANG TENGAH YANG ADIL
Salah satu sebab keadaan semakin rumit dan tegang adalah kerana orang tengah memilih kasih dan berat sebelah. Oleh itu, untuk menyelamatkan keadaan kamu harus bertindak lebih adil dan jangan sesekali berkelakuan berat sebelah. Contoh, Jika kamu mendengar luahan pihak A, kamu juga perlu dengar luahan pihak B. Setelah itu cuba elakkan daripada membuat konklusi dan menyatakan siapa salah dan siapa yang benar pada salah seorang dari mereka. Sebaiknya simpan jawapan kamu itu sendiri dan cuba cari jalan untuk satukan mereka berdua kembali.
# 2 | JADI ORANG TENGAH UNTUK BERSEMUKA
Daripada mereka berdua berkata sesama sendiri apa kata kamu mainkan peranan sebagai orang tengah untuk mereka berdua bersemuka dan berdepan sesama sendiri dan luahkan apa yang terbuku dalam hati. Cara ini sebenarnya dapat mengelakkan dari pergaduhan itu berlarutan dan berpanjangan. Malah, kamu juga dapat menyelamatkan diri dari melakukan kesilapan seperti tersalah sampaikan maklumat atau apa sahaja yang boleh menyebabkan kamu kelihatan cuba melagakan masing-masing.
# 3 | JANGAN SAMPAIKAN BERITA
Sungguh pun kamu menjadi tumpuan untuk meluahkan perasaan, jangan sesekali lalai menjaga rahsia ini dan bongkarkan cerita dan berita pada orang lain mahu pun sahabat kamu yang sedang bergaduh itu. Ini kerana, ia akan memberi pandangan negatif terhadap diri sendiri dan tindakan kamu ini akan mengeruhkan lagi keadaan. Selain daripada jangan sampaikan cerita dan berita, kamu juga jangan sesekali cuba untuk menokok tambah cerita.
# 4 | JANGAN CURAHKAN MINYAK KE ATAS API
Jangan sesekali cuba mengambil kesempatan mencurah minyak ke atas api walaupun kamu tiada niat untuk mengeruhkan lagi keadaan. Kamu tidak tahu apa yang akan berlaku kelak. Silap hari bulan mereka berdua berbaik kamu pula yang menjadi mangsa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan