Isnin, 15 Disember 2014

buat sendiri masker wajah semulajadi


siapa kata cantik memerlukan kos yang tinggi?ayuh berjimat dengan membuat masker sendiri dari dapur!ayuh kita teliti satu persatu...

>MASKER PUTIH TELUR
khasiat putih telur dipercayai dapat menyerap lebihan minyak pada wajah,masker ini sesuai untuk anda yang kulit berminyak,selain itu,masker ini mampu mencerah dan menegangkan wajah!
cara penyediaan:
1) asingkan putih telur dari kuning telur.
2)kocak sehingga berbuih.
3)pastikan buihnya pekat&padat
4)sapukan rata pd wajah anda.biarkan seketika hingga kering dan kulit menegang.

>MASKER TOMATO(campur susu tepung)
khasiat tomato diyakini dapt menghalus,mengebu,dan mencerahkan wajah anda!amalkan sehari seminggu utk kesan yg memberangsangkan
cara penyediaan:
1)belah tomato menjadi dua.sebiji sudah memadai
2)parut hingga hancur.
3)ambil dua sudu susu tepung dan gaulkan sebati dgn parutan tomato tadi.
4)lepas tu,sapu rata pada muka anda.
5)biar sampai 15-20minit.cuci mcm biasa.

>MASKER TIMUN(campur oat dan yogurt)
timun ada khasiat utk sejuk dan nyaman.kandungan air dlm timun dpt menyegarkan mata.oat pula berfungsi mengelupas lapisan kulit mati.yogurt pula menyerap lebihan minyak pd wajah anda!
cara penyediaan:
1)kupas timun.belah dua bahagian dan cincang kecil.
2)campur timun dgn satu cawan oat di dlm sebuah mangkuk.
3)tambah satu sudu yogurt ke dlm campuran timun dan oat tadi.
4)sapu pada wajah biarkan sampai 30 minit.
5)bilas muka.tidak perlu menggunakan produk pencuci muka selepas itu./.

*usah bercakap atau ketawa sewaktu memakai masker.(X)
*sapukan masker menggunakan berus utk kesan sapuan yg lebih rata.(/)
*jika ada lebihan,simpan dlm peti sejuk kerana ia mampu bertahan selama 1 minggu.(/)

harap bermanfaat kepada anda :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan