Selasa, 16 Disember 2014
rawat kuku dengan percuma
>kuku bukan setakat simbol kesihatan,bahkan juga kecantikan.untuk mengenali kuku yang sihat,ia tidak mengelupas dan kuat.tidak perlu kerap berbelanja spa manicure dan pedicure,anda boleh lakukan sendiri!
panduan untuk menjaga kuku-
1)belimbing buluh-ia berkesan membersih kotoran celah kuku/anda perlu menggosok potongan belimbing buluh pada kuku yang hendak dibersihkan.
2)minum air putih secukupnya-dapat melancarkan perjalanan darah sekaligus menguatkan kuku anda.
3)amalkan kalsium-antara sumber kalsium adalah-susu,keju,ikan sardin,kacang kacangan,dan biji bijian.
4)selain itu sayuran seperti brokoli,kangkung dan bayam juga bagus!
5)daun lidah buaya-bukan sahaja bagus untuk rambut!malah boleh rawat kuku..bersihkan daun ini oleh rata pada kuku.lakukan rutin...
6)getah betik-ambillah getahnya dan sapu pada kuku,ia mampu mencantikkan kuku anda!
7)lemonade-untuk kurangkan kuku kuning!
-perahkan jus lemon
-kemudian,campurkan dengan ubat gigi jenis pemutih
-SELEPAS sebati..oles pada kuku..biarkan kering ya!
-diakhiri dengan basuh kuku dengan air hangat,lakukan teratur untuk mendapatkan warna kuku normal ok!
8)bawang putih-berguna untuk menguatkan kuku.jadikan rutin.
-parut bawang putih haluss.
-kemudian,oleskan pada kuku.
-tunggu beberapa minit.
-bersihkan kuku dengan air.
9)campuran madu,telur,dan minyak zaitun.-dapat melembapkan kuku.
-campur dua sudu makan madu dan minyak zaitun dalam periuk.
-panaskan dan gaul rata
-kocakkan telur dan campur dengan adunan tadi
-sapu rata pada kuku hingga 10-15 minit.
-bersihkan kuku dengan air.
semoga kuku anda sihat dan cantik ya!:)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan