Khamis, 25 Disember 2014

cara meningkatkan keyakinan diri :)


1. Bersangka baik dengan sesiapa saja.
Niatkan dalam hari, anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling anda.

2. Tumpukan pada nilai-nilai murni.
Walau siapa jua yang anda jumpa, yang anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang anda lihat ada pada dirinya.

3. Elak emosi negatif.
Jauhkan diri anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran anda.

4. Istighfar serajin mungkin, seikhlas mungkin, sebanyak mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila anda sedar yang anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.

5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak dari rasa tertekan. Kesannya, anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri. Bila rasa gembira, teruja dan seronok, anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!

6. Jangan ambil kisah cakapan orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas. Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan. Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada anda, bukan mereka.

7. Elak menyalahkan orang, situasi, keadaan, persekitaran, benda.
Jangan menyalahkan orang lain tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang.

Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik.

Mungkin, hari ini anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin anda dah nak “give up”. Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk Anda! ANDA BERJAYA..!!!
2)jaga penampilan agar kemas dan cantik.
barula berkeyakinan nak tampil di khalayak ramai!percaya lah.anda berani.


 1. Melatih minda untuk menjadi positif dan hilangkan kenangan yang lalu.

paling penting adalah persedian diri kamu dalam menghadapi keadaan tersebut, berkawan dengan mereka yang bersifat positif akan menambah keyakinan kamu. Selalu set kan dalam minda kamu bahawa aku boleh lakukannya, jika gagal maka terus berusaha dan berusaha jangan menyerah. Mungkin juga kamu ada pengalaman yang lepas, pengalaman yang tak dapat di lupakan. Sebagai contoh , di perlekehkan oleh kawan-kawan ketika dalam perbentangan dan sebagainya, jadikan pembakar semangat dan mesti di teruskan walau apa jua alasannnya.

2. Buangkan perasaan yang risau yang teramat sangat.

Kadang kita selalu risau bagaimana nanti hasilnya ? kita nak bentang dan bercakap dengan orang baru kenal mahupun orang ramai. Risau itu mengawal keadaan sehingga hilang kata-kata. Kamu dah buat persiapan yang lengkap ? jadi buat apa nak takut, teruskan sahaja yang terbaik .In sha ALLAH hasilnya juga baik.

3. Ubah penampilan.

Mungkin kamu rasa rendah diri kerana kamu tidak mempunyai personaliti yang menarik. Tidak menjadi masalah sebenarnya janji kamu  seharusnya "fizikal well prepared" maksudnya kamu kena bersedia. Cuba pakai pakaian yang kemas , bersih dan pakai wangi-wangian. Pada acik imej kemas itu lebih baik  dan pastikan pemilihan warna itu bersesuaian dengan kamu.

4. Kuatkan hati dan mental

Orang boleh katakan apa sahaja yang mereka suka, mereka boleh mengutuk apa yang kita buat, boleh mengeji apa yang kita lakukan. Mereka ingin kita rasa "down" pada masa yang sama kita hilang keyakinan diri. Itu mereka mahukan, jadi kita perlu kuatkan hati jangan terlalu cepat sentap dan terasa. Fikiran kita kena ubah dan jangan terlalu dengar cakap orang. Mana yang baik boleh di ambil sebagai tauladan yang tidak elok itu abaikan .

5. Luaskan pergaulan dan perbaiki komunikasi

Masalah kita adalah bagaiman untuk memulakan perbiacara, memang agak janggal lagi-lagi orang itu baru kenal. Jadi kamu kena beranikan diri dan cuba menegur dahulu mereka. Berkenalan dengan ramai orang dan paling penting adalah kita memperbaiki kemahiran komunikasi kita. Pastikan kita "aproach " mereka dengan cara yang betul.

6. Jangan pandang mereka terlalu hebat

Ayat yang biasa di gunakan "dia hebat dan aku bukan siapa-siapa, yelah aku tak cantik macam dia". Padahal dia sama banding dengan mereka tetapi kita yang buat diri kita dia lemah dan tak hebat. Tengok dia hansome macam Aaron Aziz dan cantik macam Siti Nurhaliza, kita tengok kat cermin pun rasa cermin nak retak.. itu kita sangka. Tapi sebenarnya kita cantik dan kacak tapi dari sisi yang lain, orang lain sedar dan kita tak tahu. Mungkin kan.

7.banyakkan berdoa kepada tuhan.
  
Sebagai seorang hamba yang banyak melakukan dosa kita hendaklah selalu berdoa kepada Allah agar diberikan keampunan olehNya. Sentiasalah berdoalah supaya diberikan kekuatan didalam diri kita ini supaya tidak merasa rendah diri bila bedepan dengan orang lain. Dengan doa ini ia dapat meningkat keyakinan kita dalam menghadapi hidup ini. Jangan jadikan rasa rendah diri itu sebagai satu kelemahan didalam diri anda kerana anda juga yang akan rugi kerana kamu memerlukan satu keyakinan didalam diri bagi menghadapi kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini.

Sudah cuba cara di atas dan berdoalah

Antara doa-doa dan amalan yang boleh membantu menaikkan semangat dan keyakinan diri serta membuang sifat malu ialah :-
1) Baca surah al-Fatihah
2) Doa nabi Musa a.s  :

????? ??????? ??? ??????? ????????? ???? ???????? ??????? ?? ??????? ?????????? ???????

“ Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku”
3)

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

 fikir boleh!sekian....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan