Khamis, 25 Disember 2014

5 Cara Untuk Cepat Tidur!


“Aduhhhhhh susahnya nak tidur kenapalah mata ni tak terlelap!” 
aku  tahu pasti ramai di antara korang semua mengalami masalah seperti ini bukan? Bertenang, memang betul tidur itu sesuatu yang nampak mudah, tetapi hakikatnya ia bukanlah semudah yang di jangkakan. Kadang kala kita sendiri tertipu dengan perasaan mata yang mula-mulanya mengantuk tetapi bila kita baring dan bersedia untuk tidur tidak semena mata menjadi segar.
Okay, relax dan jangan panik. Kami kongsikan pada kamu 5 cara paling mudah untuk kamu cepat terlelap dan dapatkan tidur yang berkualiti.

# 1 | LIGHT OUT
Salah satu cara untuk membuatkan mata mula ‘berat’ adalah dengan memasang lampu yang malap di dalam bilik. Jenis lampu seperti ini akan menaikkan lagi mood mengantuk kamu dan menyebabkan minda kamu terasa lebih tenang dan ingin berehat. Bayangkan jika kamu berada dalam satu bilik yang terang, adakah kamu rasa mata akan mengantuk dan terus tertidur ? pasti tidak bukan ?

# 2| BERSENAM SELAMA 30 MINIT
Sebelum kamu tidur, luangkan sedikit masa untuk bersenam atau aktiviti yang melibatkan fizikal seperti kardio sekurang-kurangnya 30 minit. Tetapi selepas itu jangan pula terus tidur, ia akan menyebabkan badan kamu terlalu letih dan tidak bermaya. Sebaiknya lakukan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum tidur agar kepenatan tidak menganggu waktu tidur kamu. Cara ini bukan sahaja dapat membuatkan tubuh badan semakin cantik dan sihat, malah ia juga akan memudahkan serta membantu kamu mendapatkan tidur yang mudah dan nyenyak.

# 3 | SECAWAN TEH
, ini mungkin boleh membantu. Seperti yang semua tahu, teh mampu memperlahankan denyutan jantung dan memberi ketenangan pada diri. Oleh itu tidak hairanlah mengapa orang kata, pengambilan minuman teh hangat sebelum tidur mampu membantu kamu merehatkan minda serta mampu membuatkan kamu mendapatkan tidur yang tenang.

# 4 |MEMBACA
Walaupun ia membosankan tetapi percayalah teknik membaca buku, surat khabar, majalah atau novel mampu menimbulkan rasa mengantuk. Ini kerana, apabila mata kamu ‘bekerja’ secara tidak langsung akan membuatkan kamu keletihan. Jadi, percayalah baru sahaja selak beberapa muka surat pasti kamu akan menguap beberapa kali dan akhirnya akan membuatkan kamu terlelap. Tetapi perlu ingat, buku itu haruslah buka yang membosankan dan tidak diminati kamu kerana jika tidak kamu pasti akan sukar tidur dan terus teruja untuk menghabiskan bacaan tersebut.

# 5 | MANDI SUAM
Selain dari lakukan senaman, membaca dan gelapkan bilik tidur, mandi dengan air suam yang telah di campurkan dengan minyak wangian aromatarapi mampu membuatkan badan lebih tenang dan pasti akan membantu kamu untuk miliki tidur yang nyenyak dan nyaman. Untuk dapatkan hasil yang lebih berkesan lakukan mandian ini 1 jam – 30 minit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan